Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
105) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah kilang-kilang yang telah berjaya dalam program pemutihan Kilang Haram sejak pelaksanaannya.
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali
Mengikut rekod, program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) telah bermula pada 31 Julai 2006 dan program ini telah disambung sebanyak tujuh (7) kali bermula daripada 26 Jun 2006 sehingga 31 Disember 2020. Namun, Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 24/2024 bertarikh 28 Ogos 2024 bersetuju bagi melanjutkan Tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran selama tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 01 September 2024 hingga 31 Disember 2027, dengan pendekatan yang lebih realistik dan tegas kepada pemilik struktur yang masih enggan dan tiada tindakan positif untuk memulihkan tanahnya.
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) tiada senarai yang lengkap berhubung jumlah kilang-kilang yang telah berjaya diputihkan, namun hasil daripada pemurnian data kilang tanpa kebenaran (KTK) yang diperolehi daripada dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga Oktober 2024, jumlah KTK yang masih beroperasi adalah sebanyak 6,690 buah kilang yang melibatkan 5,352 tanah hak milik/Tanah Kerajaan
-
Berapakah hasil negeri daripada kejayaan program pemutihan Kilang Haram?