Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
408) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kilang haram yang telah berjaya diputihkan bagi tahun 2023 sehingga 2024?
Proses sesebuah kilang untuk diputihkan atau dalam erti kata yang lain sesebuah kilang itu beroperasi berlandaskan kepada undang-undang adalah bermula daripada urusan tukar syarat tanah dan sehingga selesai bayaran premium tukar syarat (diperingkat Pejabat Tanah). Manakala diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula proses pemutihan adalah sehingga pelan Kebenaran Merancang, bangunan struktur kilang diperakukan dengan Sijil Perakuan Siap Pematuhan (CCC). Melalui proses-proses tersebut, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) masih tiada data yang tepat untuk mengesahkan jumlah kilang yang berjaya diputihkan dari tahun 2023 sehingga
Walau bagaimanapun bagi pelaksanaan perlanjutan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) mulai 01 September 2024 sehingga 31 Disember 2027, pemurnian data yang dibuat dengan kerjasama PBT dan PDT sehingga Oktober 2024, mendapati jumlah KTK yang masih beroperasi adalah sebanyak 6,690 buah kilang yang melibatkan 5,352 lot/hakmilik.
-
Apakah sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan kerja pemutihan kilang haram?
Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam mensasarkan KTK sifar menjelang 31 Disember 2027, satu jawatankuasa di peringkat daerah dan Negeri yang turut dianggotai pelbagai agensi ditubuh khas bagi memudahcara dan memantau proses pemutihan KTK. Kerajaan Negeri optimis dengan usaha, komitmen dan kerjasama baik semua pihak yang terlibat, sasaran KTK sifar ini dapat dicapai.
-
Apakah langkah proaktif untuk mencegah pembentukan kilang haram pada masa akan datang?
Antara langkah proaktif untuk mencegah pembentukan kilang haram pada masa akan datang ialah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN-SPBT) bersama semua Pejabat Tanah Daerah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan akan memastikan setiap pembangunan adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan mengikut dasar Kerajaan. Selain itu, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan oleh setiap agensi yang terlibat perlu lebih menyeluruh dan proaktif dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.