Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

384) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kilang haram yang masih beroperasi di dalam kawasan DUN Sungai Kandis ? Nyatakan lokasi dan syarikat yang menjalankan kegiatan ini.

    Jumlah Kilang Tanpa Kebenaran yang terdapat di DUN Sungai Kandis adalah sebanyak 53 Lot iaitu:

    • 10 Lot telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang.
    • 43 Lot tiada kelulusan Kebenaran Merancang.
  2. Kewujudan kilang-kilang haram ini antara penyumbang kepada kerosakan jalan utama dan jalan ke kawasan perumahan yang bukan di bina untuk jentera berat melebihi 8 / 10 tan. Apakah tindakan yang diambil terhadap kilang haram ini yang tidak dapat diputihkan dan masih beroperasi?

    Tindakan yang diambil terhadap kilang haram ini adalah melalui tindakan penguatkuasaan bersepadu secara berterusan yang dijalankan antara Majlis Bandaraya Diraja Klang dan agensi luar seperti Pejabat Daeah dan Tanah Klang, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor (pemotongan bekalan elektrik dan air).

Lampiran

Tiada Lampiran.