Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
378) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana keberjayaan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam program pemutihan kilang haram sehingga kini?
Meskipun program pemutihan atau penyelesaian kilang tanpa kebenaran (KTK) telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri selama lebih satu dekad (iaitu 2006-2020), lanya masih belum boleh diklasifikasikan berjaya sepenuhnya. Hal ini kerana ia kurang mendapat sambutan daripada pemain-pemain industri di Negeri Selangor. Mengikut rekod urus setia Jawatankuasa Khas Penyelesaian KK Negeri Selangor yang dikemaskini sehingga Disember 2022 (iaitu tempoh 2006-2022), sejumlah RM194,412,339.614 hasil kutipan (premium tambahan dan permit khas) yang melibatkan 365 permohonan telah berjaya dipungut melalui pelaksanaan program tersebut. Jumlah ini adalah rendah berbanding inventori KK, memandangkan sebanyak 5,628 lot tanah hakmilik (atau 7,221 buah kilang) dan 257 lot tanah kerajaan (atau 260 buah kilang) telah dibanci oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor. Daripada jumlah tersebut, hanya 415 (7.37%) permohonan tukar syarat nyata tanah telah diterima. Sebanyak 356 permohonan telah diluluskan, 56 permohonan ditolak manakala 3 mash dalam tindakan kelulusan.