Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
258) Pemutihan Kilang-Kilang Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah pemilik tanah dan pemilik kilang haram yang telah tampil menjalani proses pemutihan sejak 2008 ?
Sebanyak 1346 permohonan mengubah kategori dan meminda syarat nyata tanah telah dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah sejak 2008 sehingga 2015 melalui Program Pemutihan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran.
-
Berapakah jumlah kilang yang belum menjalani proses pemutihan sehingga kini?
Jumlah kilang tanpa kebenaran di Selangor secara keseluruhannya adalah 5589 buah kilang yang meliputi 4285 lot tanah sehingga September 2020.
Mengikut pemilikan lot tanah, 136 pemilik tanah telah mengemukakan permohonan tukar kategori dan syarat tanah bermula 1 September 2019 sehingga 30 September 2020 melalui Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran.
Walau bagaimanapun, bancian masih lagi dijalankan sehingga tamat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran iaitu pada 31 Disember 2020.