Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

225) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian EXCO portfolio Pemutihan Kilang Haram di tahun 2015?

    Portfolio Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah penempatan dan pembangunan kilang-kilang tanpa kebenaran dalam Negeri Selangor. Sehingga Ogos 2015, pencapaian Portfolio Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran adalah seperti berikut:

     

     

    PERMOHONAN

     

    LULUS

     

    7

     

    7

  2. Adakah pencapaian ini telah menepati KPI yang ditetapkan?

    Pencapaian sasaran KPI bagi Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran hanya akan dinilai apabila tempoh tahun 2015 berakhir.

  3. Nyatakan KPI dan perancangan EXCO portfolio ini untuk tahun 2016?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran akan ditamatkan pada 31 Disember 2014. Justeru, fasa seterusnya adalah proses penguatkuasaan secara bersepadu oleh PTG Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap kilang-kilang tanpa kebenaran yang tidak mematuhi perundangan dan peraturan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.