Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
155) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dilaksanakan pada Julai 2007 dan dijangka selesai pada tahun 2008 namun begitu program ini telah dilanjutkan sebanyak enam (6) kali untuk memberi peluang kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang untuk memutihkan tanah tersebut. Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran ini telah tamat pada 31 Disember 2015. Selanjutnya, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan ke atas pemilik tanah dan pengusaha kilang yang masih belum memutihkan tanah mereka.
-
Nyatakan jumlah kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor mengikut PBT.
Jumlah kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor mengikut PBT adalah seperti di Lampiran B.
LAMPIRAN B