Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

191) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pemutihan kilang haram yang telah dilakukan dari 2014-2016 mengikut PBT

    Statistik bagi Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.

    STATISTIK KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT DAERAH YANG TELAH SELESAI

    BIL. DAERAH JUMLAH PERMOHONAN TUKAR SYARAT PREMIUM TAMBAHAN

    (RM)

    LOT KILANG BIL. PERMOHONAN LULUS TOLAK BATAL BELUM MEMOHON DIBAYAR BELUM

    DIBAYAR

    1. Petaling 952 1089 834 808 10 16 115 89,359,993.34 60,609,116.00
    2. Klang 761 848 178 134 7 37 571 29,428,170.10 2,380,937.00
    3. Hulu Langat 351 428 170 169 18 17 181 51,179,214.80
    4. Gombak 137 157 43 28 1 14 94 5,528,344.05 341,305.00
    5. Sepang 64 55 2 1 0 1 55 133,256.25
    6. Kuala Langat 177 197 92 73 15 4 78 8,450,882.00 1,982,512.00
    7. Kuala Selangor 34 149 4 1 0 3 27 303,262.00
    8. Hulu Selangor 23 53 11 5 3 3 11 810,845.00
    9. Sabak Bernam 24 22 12 4 6 2 22 490,009.00
    JUMLAH 2,523 2,998 1,346 1,223 60 97 1,154 185,683,976.54 65,313,870.00

     

  2. Berapakah jumlah kilang haram yang masih dalam proses pemutihan?

    Berdasarkan bancian yang dibuat terdapat lebih kurang 2,998 kilang yang telah dibina di atas 2,523 lot tanah pertanian. Daripada jumlah tersebut 1,346 lot telah membuat permohonan tukar syarat tanah pertanian kepada industri. Sejumlah 1,223 telah diluluskan manakala selebihnya ditolak dan batal. Sebanyak 1,154 lot yang masih belum memohon.

    DAERAH BIL. LOT BIL. PERMOHONAN TUKAR SYARAT
    BIL. %
    Petaling 952 834 87.61%
    Klang 761 178 23.39%
    Hulu Langat 351 170 48.43%
    Gombak 137 43 31.39%
    Sepang 64 2 3.13%
    Kuala Langat 177 92 51.98%
    Kuala Selangor 34 4 11.76%
    Hulu Selangor 23 11 47.83%
    Sabak Bernam 24 12 50.00%
    Jumlah 2,523 1,346 53.35%

    Merujuk kepada jadual di atas, pencapaian PPKTK adalah sebanyak 53.35% memandangkan banyak kekangan yang dihadapi oleh para pemilik tanah/pengusaha kilang tanpa kebenaran dalam memutihkan kilang mereka yang telah beroperasi sekian lama.

  3. Nyatakan KPI Kerajaan Negeri dalam program pemutihan kilang haram

    Berdasarkan kepada Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 1 Tahun 2015, PPKTK di Negeri Selangor tamat pada 31 Disember 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.