Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

17) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan pemutihan kilang haram sehingga bulan Mei 2009 dan berapakah kes yang telah diselesaikan mengikut daerah seluruh Selangor?

    Laporan Kemajuan Program Pemutihan Kilang-kilang Tanpa Kebenaran adalah seperti di Lampiran A.

     

  2. Berapakah jumlah anggaran kilang haram yang dikenal pasti untuk pemutihan sepanjang tahun 2009 dan jelaskan cara pemutihan yang telah dan bakal dilakukan

    Jumlah kilang haram yang diputihkan adalah berdasarkan permohonan meminda dan mengubah syarat nyata tanah yang diterima. Setakat ini sebanyak 831 kilang daripada 2,521 kilang telah mengemukakan permohonan tersebut.