Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
226) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pemutihan kilang haram tidak bergerak lancar, kerana kadar premium yang perlu dibayar oleh tuan punya kilang semasa penukaran taraf tanah dari pertanian ke industri adalah amat tinggi . Walaupun bayaran diskaun ada ditawarkan, tetapi tuan punya kilang tidak sempat untuk mendapatkan pinjaman bank dalam tempoh tawaran yang berikan. Apakah perancangan baru Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah ini?
Berdasarkan pencapaian semasa dari segi pemutihan kilang-kilang tanpa kebenaran di mana kejayaan mencapai 30%, Kerajaan Negeri telah mengumpul maklum balas daripada pelaksana yakni Pentadbir Tanah Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta kumpulan sasaran (pengusaha dan pemilik tanah terlibat). Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk menambah baik kepada dasar yang sedang digunakan bagi mengawal selia pelaksanaan program ini.
Antaranya termasuk mengkaji semula aspek-aspek insentif yang ditawarkan kepada kumpulan sasaran terlibat dari segi aspek pengurusan tanah dan juga PBT.