Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
106) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010?
Jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan daripada tahun 2007-2010 di
Daerah Sepang adalah seperti berikut:-
Bil Tahun Permohonan Diterima Diputihkan Belum
Diputihkan
1 2007 64 39 25
2 2008 0 0 0
3 2009 37 – –
4 2010 – – – -
Apakah polisi kerajaan sekiranya sesuatu kilang haram hendak diputihkan?
Polisi Kerajaan untuk pemutihan kilang haram adalah seperti berikut:-
i) Permohonan tukar syarat mengikut zoning yang ditetapkan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) . Permohonan di bawa masuk ke One Stop Centre (OSC)
untuk mendapatkan maklum balas jabatan-jabatan teknikal.
ii) Mengeluarkan Permit Sementara sebagai usaha untuk meminta tuan tanah
membuat permohonan tukar syarat. -
Adakah kerajaan menetapkan tempoh masa untuk kempen pemutihan kilang haram serta apakah langkah-langkah kerajaan negeri bagi memantau aktiviti pembinaan kilang haram?
Kerajaan telah menetapkan tarikh akhir berkaitan ialah:-
Tarikh akhir bagi PTD : 30 Jun 2010
Walaubagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Tetap berkenaan telah
mencadangkan tempoh ini dilanjutkan.
i) Langkah-langkah lain :-
tindakan penguatkuasaan di bawah kategori pelanggaran syarat penggunaan
tanah dikuatkuasakan. Dicadangkan agar ulasan teknikal PTD diambil kira
sebelum Lesen Perniagaan dikeluarkan oleh PBT kepada pemilik kilang yang
memohon Lesen Perniagaan tersebut.