Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
37) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2010-2012?
Jumlah kilang haram yang belum dan telah di putihkan mengikut daerah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT DAERAH
PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH DAN MEMINDA SYARAT NYATA TANAH
DAERAH BIL. LOT
BIL. PERMOHONAN
KEPUTUSAN DALAM TINDAKAN PERMIT KHAS SEMENTARA PREMIUM TAMBAHAN (RM) BIL. % LULUS TOLAK TANGGUH BATAL PERMOHONAN 2009 2010 2011 TELAH BAYAR (RM) BELUM BAYAR (RM) PETALING 985 749 76.04% 679 5 – 9 79 – – – 89,631,765.67 72,979,729.50 KLANG 434 46 10.60% 23 0 2 – – 125 – – 2,560,514.00 – GOMBAK 44 0.00% – – – – – – – – – – HULU LANGAT 467 152 32.55% 152 – – – – – – – 63,701,034.30 4,378,005.00 KUALA LANGAT 209 87 41.63% 70 14 1 – 2 35 – – 6,834,687.50 1,375,635.00 SEPANG 44 2 4.55% 1 – 1 – – – – – 133,256.25 – HULU SELANGOR 18 3 16.67% 2 1 – – – – – – 169,995.00 – KUALA SELANGOR 34 19 55.88% 12 2 – – – – – – 831,004.50 666,575.00 SABAK BERNAM 15 9 60.00% 6 3 – – – – – – – JUMLAH 2,250 1,067 47.42% 945 22 7 9 81 160 0 0 163,862,257.22 79,399,944.50 LAPORAN KEMAJUAN PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
PBT BILANGAN KILANG PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG (KM) PERMOHONAN PELAN BANGUNAN (PB) LESEN SEMENTARA JUMLAH PEMBAYARAN
LESEN
SEMENTARA
LULUS TOLAK TANGGUH LULUS TOLAK TANGGUH 2007 2008 2009 2010 MBSA 451 45 0 0 21 1 0 275 159 160 50 368,482.00 MBPJ 373 361 372 373 80,070.52 MPSJ 305 12 0 0 5 0 0 0 0 0 0.00 MPK 396 74 47 87 113 139 315,077.00 MPKj 590 138 2 1 320 367 276,800.00 MPAJ 226 MPS 35 4 1 MPSp 106 48 8 0 15 0 5 55 11,000.00 MDKL 209 11 100 100 8 62,400.00 MDKS 49 7 0 0 4 0 2 16 14,540.00 MDHS 55 5 2 3 6 2 3 31 12,185.00 MDSB 6 6 6 6 14,400.00 JUMLAH 2801 344 13 4 98 3 10 829 1070 1155 50 1,154,954.52 -
Apakah polisi kerajaan sekiranya sesuatu kilang haram hendak diputihkan?
Pihak Berkuasa Negeri telah melaksanakan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di mana kilang-kilang yang terlibat di dalam bancian akan diberi kemudahan (insentif rangsangan). Kemudahan ini diberikan kepada kilang-kilang haram yang dibina sebelum 11 September 2007 adalah seperti berikut :-
- Antaranya penurunan kuasa kepada Pegawai Daerah untuk kelulusan permohonan tukar syarat yang berada di dalam zon industri. Di luar zon industri perlu dibawa ke Jawatankuasa Induk Penempatan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran.
- Pengurangan Premium Tambahan. Pemberian potongan sebanyak 50% bagi bayaran dalam tempoh 3 bulan atau 30% bagi bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan atau 10% bagi bayaran dalam tempoh 9 bulan.
- Diberi juga bayaran premium secara ansuran sebanyak 12 kali bayaran dalam tempoh 18 bulan atau 24 bulan dari tarikh borang 5A atau 7G dikeluarkan bagi permohonan yang baru diluluskan atau mengikut baki tempoh yang ada dalam borang 5A atau 7G yang dikeluarkan bagi permohonan yang telah diluluskan terdahulu.
- Pengecualian premium khas atau denda yang telah ditetapkan di bawah kaedah 11(6) Kaedah Tanah Selangor 2003.
- Pelanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian bagi tanah bertempoh pajakan kurang 15 tahun atas kegunaan industri dan premium dikenakan berdasarkan nilaian tanah semasa dan diberi pengurangan sebanyak 50%.
- Insentif masih diperoleh sekiranya pemohon dapat membuktikan pihak institusi kewangan gagal memberikan pinjaman dalam tempoh tiga bulan selepas kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah dikeluarkan.
- Insentif Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan telah diberi mandat untuk menjalankan penguatkuasaan sekiranya kilang – kilang yang baru didirikan tidak memenuhi syarat-syarat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Adakah kerajaan menetapkan tempoh masa untuk kempen pemutihan kilang haram serta apakah langkah-langkah kerajaan negeri bagi memantau aktiviti pembinaan kilang haram?
Kerajaan Negeri telah menetapkan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran akan berakhir pada 31 Disember 2012. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan akta masing-masing ke atas kilangkilang yang dibina tanpa mengikut garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan.