Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
152) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor.
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor telah tamat pada 31 Disember 2015. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 dan disahkan oleh MMKN ke 6/2019 bertarikh 27 Februari 2019 telah bersetuju untuk meneruskan program pematuhan syarat dan penguatkuasaan kilang tanpa kebenaran seperti yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini. MMKN bersetuju agar satu tempoh masa yang terhad sahaja diberikan kepada kilang yang beroperasi tanpa kebenaran ini untuk membuat tindakan sepatutnya dan selepas tempoh tersebut tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas.
-
Nyatakan jumlah terkini kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor mengikut PBT
Jumlah terkini kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT Jumlah Kilang Jumlah yang telah diambil Tindakan /Didakwa Berlesen Tidak Berlesen (Haram) MPAJ 47 277 Tindakan : 35 Kompaun di bawah Peruntukan Undang-undang Kecil MPAJ 2007.
1. UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007
2. UUK Establisymen Makanan (MPAJ) 2007
3. UUK Iklan (MPAJ) 2007
Didakwa : –
MDKL 327 196 Tindakan : Operasi Kilang Haram Tahun 2019 – 19 Ops
Pengeluaran Notis Kesalahan 2019 – 27NK
Didakwa :
4 premis didakwa atas seksyen 70(13C) bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974
MPK Tahun Jumlah 2016 454 2017 497 2018 596 0 Operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar. Tindakan Notis dan Kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. MBPJ 198 20 Tindakan : 10 Notis Penguatkuasaan Didakwa : Tiada
MDSB 22 – Sebanyak 22 buah kilang tersebut telah dilesenkan dan tiada tindakan pendakwaan diambil MPSJ – 252 MPSJ masih lagi di dalam tindakan pemutihan MPKj 389 202 Tiada MPS 3590 56 Tindakan kompaun bagi semua kilang tidak berlesen * Sumber : PBT Negeri Selangor