Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

63) PEMULIHARAAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan perancangan pemuliharaan Sungai Klang setakat ini oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Kerja-kerja pemuliharaan Sungai Klang sedang dilaksanakan melalui inisiatif  pengeluaran sisa pepejal sungai di sepanjang 56 km bermula dari sempadan DBKL/MBPJ sehingga ke muara Sungai Klang.

    Setakat Jun 2017, jumlah sisa pepejal yang telah dikeluarkan dari Sungai Klang adalah sebanyak 29,839 Metrik Tan. Pada tahun ini juga usaha pembersihan akan terus dipergiatkan lagi dengan pemasangan lapan log boom. Ini adalah tambahan kepada 48 log boom yang sedia ada.

    Bagi inisiatif yang lebih komprehesif untuk meningkatkan kualiti air di Sungai Klang, penilaian terperinci terhadap pelbagai teknologi sedang dibuat dengan mengambilkira kos dan tahap keberkesanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.