Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

223) PEMULIHARAAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memulihara dan mengindahkan Sungai Klang?

    Inisiatif kerajaan Negeri untuk memulihara dan mengindahkan Sungai Klang dimulakan dengan Program Pembersihan Sungai Klang yang telah dilaksanakan hasil kerjasama MBI dan KDEB Waste Management Sdn. Bhd bermula tahun 2016.

  2. Nyatakan peruntukan Kerajaan Negeri bagi memulihara Sungai Klang

    Untuk tahun 2017, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai pinjaman untuk melaksanakan program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.