Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

191) PEMULIHARAAN MASJID NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan melaksanakan pemuliharaan dan keceriaan ke atas Masjid Negeri Selangor di Shah Alam?

    Ya.

  2. Berapakah peruntukkan yang disediakan untuk kerja pemuliharaan dan keceriaan tersebut?

    • Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor sedang dalam proses melaksanakan penambahbaikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Aspek yang terlibat adalah kubah masjid (30 juta), PA system (1.3 juta) dan penghawa dingin (4juta). Peruntukan yang disediakan bagi kerja pemuliharaan dan keceriaan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM 4,500,000.00. Jumlah ini tidak melibatkan kerja pembaikan kubah,
    • Mencuci dan membersih keseluruhan kawasan dalam dan luar masjid,
    • Perkhidmatan landskap keseluruhan kawasan masjid,
    • Perkhidmatan kawalan keselamatan masjid,
    • Perkhidmatan kawalan serangga di masjid dan di rumah kakitangan masjid;dan
    • Melaksanakan kerja-kerja teknikal seperti elektrikal dan kerja-kerja awam serta membaiki dan menukar alat ganti seperti lampu dan mengecat semula kawasan parking masjid.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.