Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
36) PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU DI PESISIR PANTAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan menurut daerah keluasan kawasan bakau yang dipulihara ataupun ditanam semula pada tahun 2016.
Hutan Paya Paya Laut atau Hutan Bakau di Negeri Selangor sentiasa dipelihara untuk memastikan kawasan persisiran pantai Negeri Selangor bebas daripada ancaman hakisan pantai dan mengekalkan ekosistemnya. Setiap tahun, Projek Penanaman Kawasan Persisiran Pantai dengan Spesies Bakau dan Spesiesspesies lain yang sesuai telah ditentukan oleh pihak Jabatan.
Program penanaman dilaksanakan sama ada secara kontrak atau dengan penglibatan masyarakat melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak Jabatan dan swasta. Pada tahun 2016, tiada kawasan baru bagi aktiviti penanaman bakau di Negeri Selangor. Bagaimanapun, aktiviti penanaman bakau yang dijalankan melibatkan kerja-kerja merawat dan menyulam pokok di kawasan yang telah ditanam pada tahun sebelumnya dan aktiviti penanaman melalui kempen kesedaran bersama pelbagai peringkat masyarakat. Jumlah keluasan keseluruhan yang terlibat ialah 14.4 hektar. Maklumat Projek Penanaman Pokok di Persisiran Pantai adalah seperti di bawah:
BIL. HUTAN SIMPAN DAERAH LUAS (HA)
BIL. POKOK
CATATAN 1. HS Jugra Kuala Langat 3.0 1,750 Rawatan 2. HS Sepang Kechil Kuala Langat 6.0 2,900 Rawatan 3. HS Telok Gedong Klang 2.8 4,500 Rawatan 4. HS Pulau Klang Klang 1.6 2,000 Kempen Kesedaran 5. HS Banjar Utara Kuala Selangor 1.0 2,800 Kempen Kesedaran JUMLAH 14.4 13,950 -
Senaraikan menurut daerah kawasan bakau yang direkodkan telah musnah.
tiada.
-
Apakah polisi mengharamkan bahan bakar berasaskan bakau mampu menjamin kekalnya semua spesies bakau?
Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Dasar Moratorium, iaitu pembekuan kepada aktiviti pengusahasilan di dalam HSK untuk tempoh 25 tahun. Oleh yang demikian, tiada kawasan hutan yang telah dibuka untuk tujuan pengusahasilan termasuklah yang melibatkan kawasan hutan bakau ini. Dasar moratorium ini juga dapat menjamin kemampanan ekosistem semulajadi dirian bakau.