Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

127) PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN TANAH RIZAB KERAJAAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah rizab kerajaan di bawah kawasan pentadbiran PTD Hulu Langat yang terbuka permohonan untuk kegiatan perkebunan.

    Tanah rizab Kerajaan yang boleh dimohon secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) untuk tujuan tapak semaian dantanaman kontan di tapak seperti kawasan lapang, zon penampan, rentis talian elektrik, sungai dan lain-lain dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pengawal dan disokong oleh Jabatan yang mengurus tadbir tanah rizab tersebut. Sehubungan dengan itu, pemohon boleh membuat semakan status tanah di Unit Pelan sebelum membuat permohonan LPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.