Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
51) PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai 'Low Carbon City'?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang berusaha bagi menjadikan Negeri Selangor sebagai ‘Low Carbon City’ ataupun perbandaran hijau menjelang tahun 2030. Hal ini dapat dilihat melalui perancangan dalam Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2015– 2018 yang menggariskan (8) tindakan utama bagi mencapai matlamat Negeri Selangor sebagai ‘Low Carbon City’. Pelan tindakan tersebut adalah seperti berikut:
- Perbandaran Hijau Melalui Bandar Rendah Karbon Selangor;
- Perolehan Hijau Kerajaan;
- Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle)
di Selangor;
- Penggunaan Kereta Elektrik Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor;
- Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ di PBT;
- Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku;
- Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor; dan
- Program Penghijauan Taman Industri
Melalui pelan tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan semua PBT Negeri Selangor sebagai perbandaran hijau dan seterusnya mencapai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030. Bagi mencapai matlamat tersebut Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa sasaran seperti berikut:-
- Empat (4) buah PBT akan menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2017
- Dua Belas (12) buah PBT akan menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2020; dan
- Empat (4) bandar akan diiktiraf di peringkat Antarabangsa sebagai Bandar Hijau menjelang tahun
Sehingga Oktober 2017, sebanyak enam (6) buah PBT Negeri Selangor telah menjadi perintis dan menerima pakai Kerangka Kerja Bandar Rendah Karbon. Senarai PBT adalah seperti berikut:-
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Majlis Perbandaran Klang
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya
- Majlis Perbandaran Sepang
-
Apakah usaha tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencapai 'Low Carbon City'?
Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencapai Negeri Selangor sebagai ‘Low Carbon City’ adalah seperti berikut:
- Menyediakan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon di peringkat PBT masing-masing
- Menetapkan sasaran penurunan 30% karbon (CO2) menjelang 2030
- Menjalinkan kerjasama strategik bersama pemaju bagi pelaksanaan Low Carbon City Framework (LCCF)
- Menaiktaraf produk berteknologi hijau seperti Solar, Sistem Penuaian Air Hujan dan Lampu LED
- Melaksanakan kempen dan program seperti Car Free Day secara berterusan
- Sebanyak 109 unit Pengecas Kenderaan Elektrik (ChargEv) telah dipasang di 88 lokasi di Negeri Selangor
- Menawarkan Skim Rebat Cukai kepada pelaksaana agenda LCCF
- Meletakkan elemen Low Carbon City Framework (LCCF) di dalam Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan dan Pelan Landkap sebagai syarat dalam permohonan
- Menganjurkan Seminar ataupun sesi Town Hall bersama pihak berkepentingan dan komuniti
- Mengaplikasikan Green Building index (GBI) didalam Pelan Pembangunan Bangunan
- Penggunaan Bas Elektrik bagi pelaksanaan Bas Percuma Selangorku
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencapai 'Low Carbon City'?
Jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencapai Low Carbon City bagi tahun 2015 hingga 2017 adalah seperti Jadual di bawah:-
BIL PBT PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI (RM) PERUNTUKAN PBT(RM) 1 MBSA 340,000.00 1,270,000.00 2 MBPJ 40,000.00 360,000.00 3 MPSJ 380,000.00 – 4 MPK 239,959.90 – 5 MPAJ 70,000.00 – 6 MPKj 245,000.00 – 7 MPSp 171,000.00 1,650,000.00 8 MPS 160,000.00 – 9 MDKL 20,000.00 30,000.00 10 MDKS 91,815.00 85,000.00 11 MDHS 49,361.00 60,000.00 12 MDSB 193,450.00 40,000.00 JUMLAH 2,000,585.90 3,495,000.00