Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

287) PEMULIHAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dari tahun 2019 sehingga sekarang, berapa tapak pembuangan sampah haram yang telah ditutup?

    Untuk makluman Y.B, statistik penutupan tapak pembuangan sampah haram dari tahun 2019 hingga kini mengikut Daerah seluruh Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:

  2. Berapa tapak dalam prosess pemulihan atau telah dipulih? Berapa kos yang terlibat?

    Manakala tapak pembuangan sampah yang di dalam proses pemulihan atau telah pulih mengikut Daerah seluruh Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    Kerajaan Negeri bagaimanapun tidak mempunyai data kos yang terlibat di dalam proses pemulihan tapak-tapak pembuangan sampah tersebut, memandangkan kos perbelanjaan yang terlibat adalah ditanggung oleh pemilik tanah.

     

     

  3. Berapa tapak miliki peribadi atau swasta yang terlibat? Berapa rampasan tanah yang telah/ sedang dijalankan?

    Berhubung pertanyaan C, sepertimana peruntukan di bawah dibawah seksyen 127 Kanun Tanah Negara (Akta 828), perampasan tanah akibat perlanggaran syarat perlu diawali dengan tindakan pengeluaran notis berkanun iaitu Notis 7A untuk memulihkan tanah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah pemilik berdaftar tanah dikehendaki memumilihkan tanah mengikut syarat nyata di dalam hakmilik. Sekiranya gagal memulihkan tanah tindakan lanjut akan diambil sehingga kepada perampasan tanah.

    Berikut adalah tanah-tanah hakmilik yang telah dikenalpasti telah melanggar syarat nyata sebagai tapak pelupusan sampah mengikut Daerah seluruh Negeri Selangor:

Lampiran

Tiada Lampiran.