Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

195) PEMULIHAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenalpasti mengikut DUN dari tahun 2018 sehingga kini?

    Jumlah keseluruhan tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti di seluruh negeri Selangor melalui pelaporan oleh pihak Agensi Angkasa Malaysia (Malaysian Space Agency (MYSA)) adalah sebanyak 89 lokasi, manakala sebanyak 154 lokasi telah dikenal pasti berpontensi untuk menjadi kawasan hotspot pembuangan sampah haram seperti perincian dalam jadual berikut:

     

  2. Berapakah jumlah tanah yang telah dipulihkan akibat daripada kegiatan haram ini?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah berjaya memulihkan dan membersihkan sebanyak 193 tapak pelupusan sampah haram sejak tahun 2018 hingga kini.

  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam membendung aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah mengeluarkan Arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 1/2019 berkaitan Standard Operating Procedure (SOP) Tindakan Penguatkuasaan Secara Bersepadu Bagi Menangani Tapak Pelupusan dan Pembuangan Sampah Haram di Negeri Selangor sebagai langkah untuk menangani aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini.

     

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui PBT juga ada melaksanakan beberapa tindakan yang strategik dan efisien bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram, antaranya ialah:

     

    • kutipan di kawasan kilang/ industri telah diselaraskan dan dikawal dengan cara mewujudkan panel kontraktor sisa industri dan setiap industri perlu menggunakan kontraktor panel yang masih di peringkat percubaan;

     

    • kesedaran kepada pemilik tanah untuk menjaga tanah mereka daripada diceroboh oleh individu yang melakukan pembuangan sampah haram;

     

    • makluman kepada agensi luar yang mempunyai rizab-rizab tanah untuk memperkuatkan penguatkuasaan dan pengawasan terhadap kawasan rizab tanah mereka;

     

    • menjalankan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala melalui peruntukan perundangan di dalam Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap 2007 di kawasan yang sering menjadi tumpuan pembuangan sampah haram seperti tanah lapang, rezab jalan dan rezab sungai;

     

    • mengeluarkan dan melaksanakan tindakan tawaran kompaun dengan nilai yang lebih tinggi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah yang tidak dibenarkan oleh PBT. Pemilik tanah juga dikenakan tindakan saman jika gagal menjaga tanah milik persendirian;

     

    • melantik KDEB Waste Management Sdn. Bhd. untuk menjalankan kerja-kerja kutipan sampah domestik dan sampah pukal di kampung-kampung tradisi; dan

     

    • menggalakkan orang ramai/ pemilik lesen/ premis/ perniagaan untuk membuang sampah di saluran yang betul iaitu di tapak pelupusan sampah sanitari.

Lampiran

Tiada Lampiran.