Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
20) PEMULIHAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan jangka panjang dan pendek dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memulihkan kebersihan dan ekosistem Sungai-sungai di Negeri Selangor, khususnya Sungai Langat dan Sungai Klang yang telah dicemari dengan sampah sarap?
Pembersihan Sungai Klang telah diambil alih oleh MBI dan melantik syarikat Hebat Abadi untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sepanjang Sungai Klang. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bermula dari sempadan negeri Selangor hingga ke muara Sungai Klang. Kos siling bagi penyelenggaraan Sungai Klang telah diberikan sepenuhnya kepada MBI melalui UPEN iaitu sebanyak RM 24 juta dalam RMK-11.
Bagi Sungai Langat pula, JPS menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan log- boom sepanjang tahun dengan anggaran perbelanjaan RM 300,000.00 setahun dan hanya terdapat satu unit log boom merentangi Sungai Langat iaitu di Daerah Kuala Langat.
Bagi perancangan jangka panjang pula, pihak LUAS telah melaksanakan program Integrated River Basin Management (IRBM) bagi sungai Selangor (2008) d`an sungai Langat (2005). Objektif keseluruhan projek adalah merangkumi aspek perlindungan, pemuliharaan, dan pengurusan bersepadu lembangan sungai.
-
Sila menyatakan kos pembersihan yang telah dibelanjakan.
Kos penyelenggaraan bagi Sungai Langat adalah sekitar RM 300,000.00 setahun.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Tindakan bersepadu oleh semua agensi bagi mengawal pembuangan sampah haram di dalam rizab sungai dan pembuangan sampah di dalam longkang-longkang perlu diperketatkan dan kekerapan memantau oleh agensi amat diperlukan. Lori-lori yang terlibat dengan pembuangan sampah harus berdaftar dengan agensi terlibat seperti SPAD atau JPJ bagi memantau pergerakan mereka ketika melaksanakan kerja-kerja pembuangan sampah hingga ke tempat pembuangan yang didaftarkan.
Rizab-rizab sungai dijadikan lanskap atau sungai angkat oleh penduduk melalui persatuan penduduk bagi mengekalkan rizab sentiasa berada dalam keadaan bersih serta menjadi mata-mata kepada agensi berkaitan bagi melaksanakan penguatkuasaan.
Hukuman denda maksimum bagi pesalah-pesalah yang mencemari rizab sungai dan juga sungai-sungai di dalam negeri Selangor. Hebahan media kepada umum bagi pesalah-pesalah alam sekitar sehingga mendatangkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar.