Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

231) PEMULIHAN SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebarang pelan tindakan untuk memulihkan sektor pertanian yang menguncup 6.4% pada 2016, senarai segmen dan hub pertanian terpilih di Selangor bagi jangka masa pertengahan dan panjang serta jumlah pelaburan dan bilangan pekerjaan bakal dicipta

    Tidak dinafikan sektor pertanian menguncup kepada 6.4 peratus disebabkan persaingan dengan sektor-sektor lain dalam bentuk nilai ekonomi. Antara faktor utama menyumbang kepada penguncupan ini adalah persaingan guna tanah dan kekurangan tenaga mahir dalam sektor pertanian. Beberapa strategi telah dirangka dalam Pelan Induk Pertanian Selangor untuk memulihkan sektor ini. Diantaranya mengembangkan kaedah pertanian berasaskan teknologi seperti sistem fertigasi, plant factory dan pertanian dalam bandar. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian juga giat melatih belia-belia melalui kursus jangka panjang di pusat-pusat pertanian bagi latihan mekanisasi pertanian dan fertigasi.

    Antara segmen dan hub pertanian terpilih yang diberi fokus adalah industri padi, florikultur, tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih, peningkatan produktiviti kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, pembangunan teknologi dan pembangunan golongan sasar. Dalam RMKe-11, Sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan dalam tempoh 5 tahun bagi pembangunan sektor pertanian dengan sasaran sumbangan sektor agro makanan sebanyak RM200 juta setahun dan 60 usahawan tani dihasilkan setahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.