Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
41) PEMULIHAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan sektor pelancongan yang telah terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19?
Bagi tujuan memulihkan sektor pelancongan yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor yang bertindak sebagai agensi promosi pelancongan rasmi negeri telah melaksanakan inisiatif seperti:
- Melaksanakan kempen pelancongan domestik ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! di platform e-dagang dan e-dompet terpilih
- berserta pengagihan subsidi e-baucar pelancongan Negeri Selangor yang bernilai RM 2 juta pada tahun 2020 dan RM 1 juta pada tahun 2021.
- Mempromosikan tempat-tempat tarikan pelancong di Negeri Selangor melalui Siri Promosi Jelajah “Pusing Selangor Dulu” ke negeri-negeri terpilih di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Usahasama mempromosi pakej pelancongan negeri Selangor secara ‘Business to Business’ dan ‘Government to Government’ bagi mewujudkan aktiviti promosi pelancongan domestik secara bersilang.
- Melancarkan aplikasi ‘Go Selangor’ sebagai aplikasi rasmi kerajaan Negeri Selangor yang diperkenalkan untuk memulihkan pelancongan dan menyokong PKS di sekitar Selangor.
- Memberikan Geran Bantuan bagi penganjuran acara berkaitan pelancongan di Negeri Selangor dengan peruntukan keseluruhan RM 1 juta (peruntukan maksimum RM20,000.00 bagi setiap cadangan penganjuran acara yang terpilih).
- Bantuan geran pemulihan ‘one-off’ kepada 17 persatuan-persatuan berdaftar berkaitan penggalakan pelancongan di negeri Selangor dengan setiap persatuan menerima bantuan sebanyak RM15,000.00. (Jumlah keseluruhan peruntukan RM225,000.00).
- Latihan digitalisasi (platform e-dagang dan media sosial) kepada pengusaha-pengusaha IKS produk pelancongan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM253,650.00.
-
Apakah jenis bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan yang terjejas dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk membantu mereka sehingga kini?
Bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan yang terjejas dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk membantu mereka sehingga kini adalah seperti:
- Subsidi Baucar Pelancongan 2020 (RM 2 juta)
- dikendalikan melalui konsep penyenaraian pakej pelancongan di platform e-dompet Touch n’ Go (Touch n’ Go Digital Sdn Bhd) dan e-dagang Lazada Malaysia (Ecart Services Sdn Bhd) dengan sebanyak 34 pengusaha produk pelancongan yang beroperasi di dalam negeri Selangor dengan menerima faedah program (penyertaan secara sukarela) yang mana pengguna mendapat e-baucar pelancongan dengan nilai RM200 dan perlu berbelanja tambahan sekurang-kurangnya RM50 bergantung kepada pakej pelancongan yang ditawarkan.
- Subsidi Baucar Pelancongan 2021 (RM 1 juta)
- dikendalikan melalui konsep penyenaraian pakej pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu’ di platform e-dagang Shopee Malaysia (Shopee Malaysia Sdn Bhd) dengan sebanyak 37 pengusaha agensi pelancongan yang beroperasi dan dalam negeri Selangor dengan menerima faedah program yang mana pengguna mendapat e-baucar pelancongan bernilai RM 100 setiap satu dan perlu berbelanja tambahan sekurang-kurangnya RM50 bergantung kepada pakej pelancongan yang ditawarkan.
- Subsidi Baucar Pelancongan 2020 (RM 2 juta)