Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
94) PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah keseluruhan projek rumah terbengkalai yang telah dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor mengikut susunan daerah ?
- Sehingga 31 Januari 2010, terdapat sebanyak 135 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 48,623 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :
N O
KAWASAN PBT
PROJEK PERUMAHAN
PROJEK KOMERSIAL
PROJEK INDUSTRI
PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG JUMLAH BIL. PROJEK JUMLA H UNIT
1 MPK 22 5 1 – 28 4,134 2 MBPJ 3 4 – – 7 2,996 3 MBSA 15 1 1 – 17 5,210 4 MPSJ 5 3 – – 8 8,786 5 MPAJ 10 1 – – 11 2,949 6 MPKj 11 – – – 11 4,150 7 MPS 9 1 – 2 12 2,310 8 MPSp 8 – – – 8 3,941 9 MDKS 9 – – 2 11 7,128 10 MDHS 5 1 – 6 12 5,955 11 MDKlgt 7 2 – – 9 1,032 12 MDSB 1 – – – 1 32 JUMLAH 105 18 2 10 135 48,623 -
Sila nyatakan secara terperinci sehingga setakat ini,berapakah projek rumah terbengkalai yang sudah berjaya dipulihkan sejak pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dan manfaat secara langsung kepada rakyat Negeri Selangor ?
- Dengan mengambil kira bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, adalah dimaklumkan sehingga kini Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menyelesaikan sebanyak 20 projek yang melibatkan 7,779 unit dari Mac 2008 sehingga 31 Januari 2010 seperti berikut :
BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT 1 Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 Unit 2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Transhabour Sdn Bhd 258 Unit
3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas, Mukim Klang URC Housing Sdn Bhd 28 Unit
4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd & Tetuan Willow Construction Sdn. Bhd 30 unit
5 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd. 196 Unit
6 Taman Prima Selayang Di Atas Lot 8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510 & Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak Kansas Corporation Sdn Bhd
220 Unit
7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit
8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit 9 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd 33 Unit
10 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn. Bhd. JV Tetuan Yayasan Selangor 77 Unit
11 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd 1,514 Unit
12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad 30 unit
13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB /Unique Creation 580 Unit
14 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd. 512 Unit
15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd. 1,316 Unit
16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9F, 12, 19 dan 21
Talam Corporation Bhd. 1,447 Unit
17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2 Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2 Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat (MPAJ) Tetuan Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad 203 Unit
18 Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu Selangor HRK Holdings Sdn. Bhd. 128 Unit
19 KOMPLEKS KOTA KAJANG, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
Tetuan Windhill Development & Construction Sdn. Bhd. 100 Unit
20 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Richmall Sdn. Bhd. 84 unit
Jumlah Pembeli/Unit 7,779 unit Kesan daripada pemulihan projek tersebut, penyerahan kunci kepada rakyat dan Sijil Layak Menduduki (CF) ke atas projek tersebut dapat diberikan. Secara langsung, pemulihan projek ini akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Negeri Selangor. Dengan ini, rakyat dapat menduduki rumah tersebut dan tidak perlu menyewa seterusnya mengurangkan kos hidup rakyat.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah suntikan dana yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha ini dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi Negeri Selangor ?
Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan semula projek-projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang diumumkan dalam Bajet 2010. Anggaran kos pemulihan projek sebanyak RM5 bilion diperlukan bagi membaik pulih dan memodenkan perumahan kos rendah di samping menjana ekonomi dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Nilai Pembangunan Kasar (GDV) pula dijangka sebanyak RM 7 bilion hingga RM 9 bilion. Walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri bagi memulihkan projek-projek terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan pengambilan tanah yang membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik dan tinggi nilainya serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut