Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
46) PEMULIHAN INDUSTRI SUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha sukan akar umbi yang terkesan akibat pandemik?
Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha untuk membantu semua pengusaha membuka semula operasi yang melibatkan perkhidmatan di dalam industri sukan. Antara inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri adalah dengan menganjurkan Program Vaksinasi Atlet & Pengusaha Sukan Selangor bagi memastikan semua pengusaha sukan turut dalam menjayakan immuniti berkelompok. Usaha ini dilihat dapat mempercepatkan kelompok berimmuniti yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha berkaitan industri sukan.
-
Apakah "exit strategy" Kerajaan Negeri supaya fasiliti sukan dapat dibuka semula? Nyatakan strategi bagi fasiliti terbuka, separa terbuka dan tertutup.
Pada asasnya, perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pengusaha-pengusaha fasiliti sukan samada fasiliti terbuka, separa terbuka mahupun tertutup adalah tertakluk serta bergantung sepenuhnya kepada keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini disebabkan kuasa dalam menentukan perkhidmatan ataupun industri sukan boleh dibuka atau ditutup operasi tertakluk melalui Kerajaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan memberi penekanan kepada proses penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan sukan yang terdapat di seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan akan dijalankan secara menyeluruh melalui Pusat Khidmat ADUN disetiap Kawasan.
Stategik ini dijalankan memandangkan kebanyakan aktiviti sukan tidak dapat dijalankan disebabkan larangan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan. Ianya merupakan masa yang terbaik untuk memperbaiki infrasuktur mahupun kemudahan sukan tersebut.