Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
137) PEMULIHAN CERUN RUNTUH DALAM KAWASAN RUMAH SENDIRI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah asas pemilik rumah taman perumahan perlu menjalankan soil test sebelum membaiki cerun dalam kawasannya runtuh?
Untuk makluman sebelum memulakan sesuatu rekabentuk struktur penstabilan cerun, kajian tanah perlu dilaksanakan untuk mendapatkan data tanah di lokasi cadangan. Data tanah ini adalah penting bagi membantu menentukan kaedah rekabentuk yang sesuai agar ianya menepati dengan keadaan tanah di lokasi.
-
Bukankah pemaju telah membuat soil test ketika membangunkan kawasan tersebut?
Sebelum sesuatu pemajuan dilaksanakan oleh pemaju, memang benar mereka telah melaksanakan kajian tanah namun kawasan kajian hanya diambil tidak spesifik kepada kawasan runtuhan yang dimaksudkan kini. Kajian tanah perlu dibuat secara khusus di lokasi runtuhan tanah untuk mendapatkan data tanah yang lebih tepat bagi tujuan rekabentuk yang bersesuaian.
-
Apakah kerajaan bertanggungjawab kerana meluluskan pembinaan rumah di cerun bukit?
Pemilik tanah harus bertanggungjawab terhadap tanah milik mereka sekiranya berlaku sebarang kegagalan kepada tanah milik mereka sendiri. Meluluskan sesuatu pembangunan bukan bermakna tanggungjawab penyelenggaraan dalam tanah milik persendirian diambilalih oleh Kerajaan.