Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

202) PEMULANGAN SEMULA CUKAI TAKSIRAN BAGI PREMIS KOSONG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT mengamalkan polisi 'pemulangan semula cukai taksiran bagi premis kosong' di bawah Seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976?

    Kerajaan Negeri tiada halangan bagi mana-mana pemilik bangunan yang ingin memohon pemulangan cukai taksiran premis kosong (Remisi) di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan bagi tujuan pulangan balik cukai taksiran bangunan yang tidak diduduki. Pemilik boleh mengemukakan terus permohonan kepada PBT dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bersama dokumen yang berkaitan dimana ianya di bawah kawalan PBT selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

  2. Sekiranya tidak diamalkan, apakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pelan untuk memperkenalkan polisi ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.