Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
167) PEMOTONGAN POKOK DI MBDK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pokok di kawasan MBDK?
Jumlah pokok yang telah diselenggara di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sehingga Oktober tahun 2024 adalah sebanyak 4860 nos pokok.
-
Bagaimanakah MBDK melaksanakan sistem dan penjadualan pemotongan dan pangkasan pokok di kawasan MBDK?
Pihak MBDK melaksanakan sistem dan penjadualan pemotongan dan pemangkasan pokok melalui dua (2) cara iaitu :
- Secara perolehan panel penyelenggaraan pokok;
- Secara pasukan pangkasan pokok dalaman jabatan
-
Apakah ada sistem dan direktori menyimpan data pokok di Klang?
Pihak jabatan menggunakan dua (2) sistem dan direktori penyimpanan data pokok di Klang iaitu :
- Menggunakan Green Earth Smart System (GES) untuk penyimpanan maklumat inventori pokok;
- Menggunakan google form untuk inventori pokok di tapak.