Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

5) PEMOTONGAN PERKHIDMATAN AIR SYABAS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak pengguna Syabas di Selangor yang telah dipotong bekalan airnya akibat kelewatan membayar bil ?

    Tahun 2005
    Tahun 2006
    Tahun 2007
    125,705 unit akaun
    237,142 unit akaun
    237,655 unit akaun
    Jumlah keseluruhan 600,502 unit akaun

  2. Pengguna-pengguna Syabas yang dipotong bekalan perlu membayar RM50 sebagai yuran penyambungan bekalan air. Sehingga kini berapa pendapatan diperolehi Syabas daripada kutipan yuran ini ?

    Pemotongan bekalan air ke atas pengguna-pengguna yang gagal menjelaskan
    bil adalah tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Bekalan Air (Bayaran) (Selangor)
    2006, Jadual Kedua [Kaedah 5] yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri
    Selangor, SYABAS berhak mengenakan caj bagi pemotongan dan
    penyambungan semula atas permintaan atau mana bekalan telah dipotong
    kerana gagal membuat bayaran caj air atau sekiranya berlaku kesalahan di
    bawah peruntukan EnakmenPembekalanAir 1997.
    Sehingga tahun 2007, jumlah kutipan dari yuran pemotongan yang telah
    dikenakan oleh SYABAS adalah sebanyak RM14.6 juta dengan mengambil kira
    40% pemotongan yang tidak disambung semula dan penamatan perkhidmatan
    bekalan air ke premis-premis pengguna yang tidak mengaktifkan semula akaun
    bekalan air mereka selepas 3 bulan pemotongandibuat.
    Walau bagaimanapun, bayaran caj pemotongan dan penyambungan semula
    sebanyak RM50 seperti yang tercatat di bawah peruntukan Enakmen
    Pembekalan Air 1997 tersebut masih tidak dapat menampung kos-kos yang
    terlibat sewaktu operasi dijalankan umpamanya kos kerja lebih masa, kos
    peralatan, kos pemantauandan sebagainya.
    Justeru, SYABAS tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan pemotongan
    ke atas bekalan air pengguna kerana ia dilaksanakan mengikut peruntukan yang
    termaktub di dalam peruntukan Enakmen Pembekalan Air 1997.

Lampiran

Tiada Lampiran.