Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
10) PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bentuk pembiayaan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu petani mengadaptasi teknologi pertanian moden?
Bentuk Pembiayaan dan Insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu petani mengadaptasi teknologi pertanian moden diantaranya ialah merangkumi teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai, insentif pembelian input pertanian serta pembangunan mengaplikasi teknologi IOT (Internet Of Things) pembajaan, pengurusan perosak/penyakit, penuaian hasil dan pengendalian lepas tuai.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa peningkatan produktiviti pertanian tidak mengorbankan keselamatan dan kualiti makanan?
Langkah-langkah peningkatan produktiviti pertanian tidak mengorbankan keselamatan dan kualiti makanan diantaranya ialah :-
Penggunaan Teknologi Lestari seperti penggunaan mikroorganisma berfaedah/setempat seperti (IMO), asid amino dan baja organik.
Pembajaan secara 4R ( Right Time, Right Place, Right Type, Right Quantity) dan mengitar semula sisa ladang. Bermula RMK 12 Jabatan Pertanian Negeri Selangor tidak memberi insentif berbentuk racun kimia bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjamin.
-
Apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha memodenkan sektor pertanian di Selangor dan bagaimana untuk mengatasinya?
Diantara cabaran dalam memodenkan sektor pertanian ialah:-
- Kenaikan harga input pertanian seperti racun dan baja membebankan para petani.
- Kekangan mendapat pekerja mahir, separuh mahir serta kebergantungan kepada tenaga luar.
- Harga pasaran yang tidak menentu.
Cara mengatasi cabaran dalam memodenkan pertanian di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Penggunaan teknologi IOT (Internet Of Thing) dapat membantu pengurangan tenaga kerja luar.
- Pengunaan sistem penanaman di dalam bangunan atau lebih dikenali plant factory menggunakan pencahayaan tiruan merupakan teknologi terkini dalam pertanian.
- Bagi meningkatkan produktiviti hasil, kaedah Teknik Filem Nutrien (NFT) secara bertingkat dapat membantu masalah kekurang tempat dan ruang. Kaedah ini sesuai untuk tanaman sayuran daun dan telah digunakan di kawasan-kawasan bandar di Negeri Selangor.