Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
185) PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan apakah bentuk pemodenan pertanian yang telah berjaya dilaksanakan di Selangor
Bentuk permodenan pertanian yang berjaya di Selangor sebagai contohnya adalah projek fertigasi secara terbuka dan tertutup. Selain itu juga, Selangor juga mempelopori kaedah bancuhan baja fertigasi yang kini menjadi rujukan pengusaha fertigasi dari negeri
-
Nyatakan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai.
Produk pertanian seperti rock melon dari Selangor mencapai harga yang baik di pasaran disebabkan oleh kualiti dan permintaan yang baik. Selain itu Selangor juga menjadi rujukan utama bagi pembangunan pertanian bandar dan kebun komuniti di peringkat
-
Apakah mercu tanda atau trademark pertanian untuk negeri Selangor?
Jabatan Pertanian akan berbincang dengan persatuan pengeluar buah- buahan Selangor bagi membuat standard untuk buah belimbing, nenas, tembikai, pisang dan nangka untuk dijadikan “trademark” Selangor. Antara yang boleh dibanggakan adalah pisang Dole (Hulu Selangor), nenas “Selangor Sweet” (Klang dan Kuala Langat), nenas MD2 (Klang dan Kuala Langat), rock melon dan tembikai merah (Hulu Selangor) dan belimbing (Hulu Langat).