Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

136) PEMINDAHAN SETINGGAN KAMPUNG BEREMBANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semasa pemindahan setinggan ke Pangsapuri Berembang Indah beberapa tahun lalu, sebanyak 60 keluarga yang tidak tersenarai layak membeli unit pangsapuri tersebut. Apakah langkah kerajaan untuk membela mereka?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2008 Kerajaan Negeri telah mengarahkan PNSB dan pemaju Perspektif Masa Sdn. Bhd. untuk mendapatkan 68 unit RKR di Kampung Berembang untuk ditawarkan kepada 68 keluarga setinggan yang terlibat. Seterusnya pada 22 Januari 2009, Kerajaan Negeri  telah menawarkan penyelesaian kepada 68 keluarga Kampung Berembang seperti berikut:

    1. 54 Keluarga Induk.
      • Setiap keluarga induk mendapat tawaran memiliki Rumah Kos Rendah (RKR) di Kampung Berembang dengan harga RM35,000.00 (setelah ditolak subsidi RM7,000.00 daripada harga asal RKR iaitu RM42,000.00).
      • Bayaran Ex-Gratia sebanyak RM35,000.00 (tiada sebarang bayaran bagi pembelian RKR).
      • Elaun Perpindahan RM2,000.00.
    2. 14 Keluarga Tambahan.

    – Setiap keluarga tambahan mendapat tawaran memiliki Rumah Kos Rendah di Kampung Berembang dengan  harga RM35,000.00 (setelah ditolak subsidi RM7,000.00 daripada harga asal RKR iaitu RM42,000.00)

    – Bayaran Ex-Gratia sebanyak RM25,000.00 (pembelian RKR pada harga RM10,000.00).

    –   Elaun Perpindahan RM2,000.00.

    PNSB bersama-sama dengan pemaju Perspektif Masa Sdn. Bhd. telah menjalankan tindakan dengan menyediakan 68 unit RKR di Kampung Berembang untuk ditawarkan kepada 68 keluarga berkenaan seperti berikut:

    • Surat tawaran bagi pemilikan Rumah Kos Rendah Kampung Berembang telah dikemukakan kepada 68 keluarga berkenaan pada 6 Mei 2009.
    • Senarai 68 unit RKR yang kosong telah diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung Berembang pada 18 Mei 2009.
    • Pengundian 68 unit RKR bagi keluarga induk berkenaan telah diadakan pada 20 Mei 2009.
    • Perjanjian jualbeli bagi 68 unit RKR telah ditandatangani pada 15 Jun 2009.

    Penyerahan Pemilikan Kosong (VP) / Serahan Kunci kepada pemilik-pemilk Pangsapuri Berembang Indah telah dilaksanakan pada Ogos 2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.