Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
361) PEMINDAHAN OPERASI SYARIKAT ASING KE NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif dan insentif Kerajaan Negeri bagi menarik syarikat asing memindah operasi mereka ke Negeri Selangor ?
Antara inisiatif dan insentif Kerajaan Negeri bagi menarik syarikat asing memindahkan operasi mereka ke Negeri Selangor seperti;-
- Selangor Soft Landing Programme: yang telah dilancarkan sejak Mac 2024 merupakan satu platform bertujuan untuk membantu pelabur asing dan domestik berpotensi bagi meninjau ekosistem pelaburan dan perdagangan Selangor. Program ini akan memberi sokongan yang menyeluruh kepada para pelabur dari fasa sebelum pelaburan (pre-investment) ke fasa pasca pelaburan (post-investment) melalui penyelarasan Invest Selangor.
- Insentif yang ditawarkan bagi pelabur yang menempatkan projek pelaburan dalam pembangunan Managed Industrial Park: yang merupakan Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) di mana empat insentif telah diperkenalkan bagi memudahkan para pelabur di dalam kawasan MIP seperti;-
(i) Proses laluan segera bagi kelulusan pembangunan.
(ii) Tempoh kelulusan yang lebih efektif dan singkat;
- Kelulusan pembangunan – Ulasan teknikal dalam tempoh 7 hari berkerja.
- Kelulusan Hal – Hal Tanah
(iii) Cukai Taksiran – Potongan 50% (Diskaun) pada kadar cukai yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah kosong dan bangunan kosong selama 3 tahun; dan
(iv) Pengecualian bayaran lesen perniagaan untuk tempoh 5 tahun.
- Mesyuarat Penyelarasan Projek (Mesra-Projek) yang secara berkala setiap bulan dipengerusikan oleh EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti bagi menyelaras dan memantau serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pelabur agar cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Lab Partnership Programme: yang merupakan sebuah inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor bagi menyokong pelaburan dalam sektor sains hayat di Negeri Selangor. Program ini membolehkan kerjasama antara syarikat dan institusi akademik serta penyelidikan terkemuka dengan menawarkan akses kepada kemudahan penyelidikan canggih, perundingan pakar, dan perkhidmatan khusus untuk memacu inovasi, menyokong pertumbuhan, dan memudahkan usaha pengkomersialan.