Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
207) PEMINDAHAN LOKASI DAN PENAIK TARAFAN KLINIK DESA PUNCAK ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memindahkan dan menaik taraf Klinik Desa Puncak Alam yang telah sekian lama beroperasi di kawasan rumah teres dan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang begitu ramai dari Bandar Puncak Alam sendiri?
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah mengusulkan cadangan pembinaan sebuah Klinik Kesihatan Jenis 2 di Bandar Seri Coalfields untuk menampung jumlah kedatangan pesakit sekitar Bandar Puncak Alam di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (Rolling Plan 5). Dengan pembinaan klinik kesihatan ini, ia dijangka akan dapat menampung jumlah kedatangan pesakit sehingga 800 orang sehari serta memberi kemudahan kesihatan lebih baik dan berkualiti. Mohon Y.B. untuk menyokong perancangan untuk membina fasiliti kesihatan ini.