Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
197) PEMINDAHAN LADANG TERNAKAN AYAM DI DESA COALFIELD
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak perumahan di Taman Saujana Utama dan Desa Coalfield di buka beberapa tahun lalu, ladang ternakan ayam yang sudah lama wujud di kawasan berkenaan telah menimbulkan bantahan penduduk akibat pencemaran bau yang kurang menyenangkan. Kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memindahkan ladang ternakan ayam berkenaan ke Jeram. Bilakah pemindahan itu akan dilaksanakan dan di manakah ladang ternakan baru itu ditempatkan?
-
Adakah tempat ladang ternakan ayam yang baru itu nanti bersesuaian dan tidak akan menimbulkan masalah dan bantahan kepada penduduk sekitarnya sedangkan kawasan Jeram juga sudah sarat dengan masalah pencemaran bau?
-
Sila senaraikan ladang-ladang ternakan bermasalah lain yang sedia untuk dipindahkan dan lokasi penempatan baru di daerah Kuala Selangor?