Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

132) PEMIMPIN POLITIK MENJADI KHATIB

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri membenarkan atau memberi tauliah kepada pemimpin politik sama ada wakil rakyat atau pemegang jawatan dalam parti untuk membaca khutbah atau memberi ceramah dalam masjid?

    Pemberian tauliah adalah berdasarkan kepada kelayakan seseorang dengan syarat mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tauliah mereka boleh ditarik balik jika mereka gagal atau tidak mematuhi syarat yang dikenakan. JAIS juga memberi tauliah kepada beberapa pemimpin politik yang layak untuk menyampaikan ceramah di masjid dan surau. Kebenaran juga boleh diberikan oleh JAIS kepada mereka yang berkelayakan untuk berceramah dan membaca khutbah di masjid dan surau di Selangor.

     

  2. Apakah tindakan yang boleh diambil kepada nazir masjid dan ahi jawatankuasanya yang membenarkan pemimpin politik atau wakil rakyat membaca khutbah atau berceramah tanpa tauliah?

    Berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001, nazir yang melakukan tindakan seperti itu boleh diambil tindakan dengan menggantung atau ditamatkan jawatannya. Walau bagaimanapun tindakan hanya akan dilaksanakan selepas siasatan terperinci dibuat mereka gagal memberikan jawapan yang menerangkan kepada MAIS ke atas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.