Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

218) PEMILIKAN TANAH MASJID KG. TERAS JERNANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pemilikan tanah Masjid Kg. Teras Jernang (dalam meleraikan pertindihan bidangkuasa Daerah Sepang dengan Hulu Langat)?

    Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengesahkan tapak Masjid Kg. Teras Jernang adalah termasuk dalam kawasan Sepang. Permohonan pewartaan bagi tapak Masjid Kg. Teras Jernang telah dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang pada 27 November 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.