Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
4) PEMILIKAN RUMAH (HOC) KEPADA PEMBELI WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan rumah mewah yang tidak terjual di Negeri Selangor? Mohon nyatakan mengikut daerah.
Tiada definisi yang jelas menerangkan istilah rumah mewah di Negeri Selangor.
-
Berapakah bilangan rumah mewah yang terjual dan manfaat kewangan kepada Kerajaan Negeri?
Pejabat Tanah dan Galian Selangor melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 2/2020 yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 36/2019 mengadakan Program Khas Berkenaan Had Harga Jualan Dan Perolehan Hartanah Bagi Warganegara Asing di Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membuka penjualan rumah mewah ini kepada warga asing?
Melalui pekeliling ini, rumah dari jenis banglo dan teres berkembar berharga minimum RM 2,000,000.00 (dua juta) yang belum terjual oleh pemaju dan telah mendapat Certificate Of Completion And Compliance (CCC) sehingga tahun 2018 boleh dijual kepada warganegara asing. Program khas ini sah sehingga 31 Disember 2020.