Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
131) PEMILIKAN RUMAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Pemilikan Rumah Kerajaan Negeri Selangor?
Dasar Perumahan Mampu Milik atau dikenali sebagai Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada Januari 2014 bagi menggantikan Dasar Perumahan 20:20:10 atau 20:10:10. Dasar Rumah Selangorku ini, digariskan bagi memenuhi keperluan penyediaan rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan telah menetapkan syarat penyediaan rumah mampu milik pada harga jualannya bermula daripada RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit dengan mengikut jenis dan saiz keluasan berdasarkan kepada kawasan pembangunan perumahan yang mana telah dipecahkan kepada tiga (3) Zon iaitu Zon 1, Zon 2 dan Zon 3. Pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan di mana kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur telah Setiap zon tersebut pula akan dipecahkan mengikut keluasan tapak cadangan pembangunan untuk ditentukan penyediaan Rumah Selangorku yang perlu dibina.
Bagi syarat pemilikan Rumah Selangorku pula adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan Pendapatan gaji pokok isi rumah hingga RM8,000.00
sebulan mengikut keutamaan jenis rumah seperti berikut: Rumah Jenis A : Pendapatan pokok dibawah RM3,000
sebulan
Rumah Jenis B, C, D : Pendapatan pokok tidak lebih RM8,000 sebulan
- Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah).
- Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku jenis yang
- Pemohon bujang yang berumur 25 tahun ke atas juga layak dipertimbangkan.
- Permohonan adalah untuk didiami dan bukan unuk disewa
- Pindahmilik (sub-sale) hanya dibenarkan selepas 5 tahun
- Berdaftar di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
-
Bagaimana pemilikan rumah mampu meningkatkan tahap kehidupan seseorang, khusus kepada i. golongan berpendapatan rendah ii. kaum wanita
Matlamat perumahan Kerajaan Negeri adalah untuk mencapai “satu keluarga satu kediaman yang sempurna”. Kerajaan Negeri mengakui hakikat bahawa kediaman (rumah) merupakan satu keperluan asas manusia. Rumah juga menjadi penanda aras kepada tingkat kualiti hidup manusia. Rumah bukan sahaja sekadar sebagai tempat perlindungan tetapi juga sebagai simbol kebahagian seperti ungkapan “rumahku syurgaku”. Ini kerana rumah yang selesa mampu melahirkan keluarga yang berkualiti.
Akan tetapi dari aspek kegiatan ekonomi yang mengamalkan konsep pasaran terbuka, objektif pemilikan rumah telah bertukar kepada kediaman menjadi aset pelaburan yang menguntungkan khususnya perumahan di kawasan- kawasan bandar utama. Peningkatan harga rumah yang berlaku saban tahun mampu memberikan pulangan yang baik kepada pembeli. Oleh yang demikian, wajarlah diperkatakan bahawa pemilikan rumah mampu meningkatkan tahap kehidupan seseorang sama ada bagi golongan berpendapatan rendah mahupun kaum wanita. Dasar Rumah Selangorku yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri adalah bermatlamat memberikan peluang khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuklah golongan kaum wanita, belia dan sebagainya untuk memiliki rumah pada harga yang mampu dimiliki.