Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
315) PEMILIKAN HARTANAH OLEH WARGA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci had pemilikan hartanah di Selangor oleh warga asing?
Had pemilikan hartanah oleh warga asing di Negeri Selangor adalah
berdasarkan Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bilangan 1/2014, Garis Panduan Perolehan Hartanah Oleh Warganegara Asing/ Penduduk Tetap/ Syarikat Asing Di Negeri Selangor yang telah berkuatkuasa pada 1 September 2014. Berikut adalah kuota dan syarat-syarat permohonan :-
- Kuota Jualan bagi pemilikan hartanah oleh warga asing adalah tidak melebihi 10% daripada kuota atau unit Bukan Bumiputera yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Manakala kuota atau unit yang diperuntukkan kepada Bumiputera adalah tidak dibenarkan untuk dijual kepada warga asing.
- Syarat-Syarat Permohonan mengikut kategori tanah yang dibenarkan berdasarkan Syarat Nyata Tanah seperti berikut:
Bangunan Kediaman
Paras harga minima adalah RM2,000,000.00 bagi hartanah di Zon 1 (Daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang) dan Zon 2 (Daerah Kuala Selangor dan Kuala Langat) serta RM1,000,000.00 bagi hartanah di Zon 3 (Daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam). Hartanah adalah terhad bagi jenis Strata termasuk ‘Landed Strata’ sahaja.
- Banqunan Perniaqaan
Paras harga minima yang dibenarkan adalah RM3,000,000.00 bagi hartanah di Zon 1, 2 dan 3.
Industri / Perusahaan
Paras harga minima yang dibenarkan adalah RM3,000,000.00 bagi hartanah di Zon 1, 2 dan 3.
Kategori tanah yang tidak dibenarkan ialah Tanah Pertanian, Tanah Rizab Melayu dan hartanah perolehan secara Lelongan Awam serta hartanah jenis ‘Landed’ bagi kategori Kediaman.
-
Nyatakan jumlah keluasan dan negara pemilik hartanah warga asing di Selangor?
Jumlah keluasan pemilikan hartanah oleh warga asing di Negeri Selangor adalah 1,402.64 ekar dan butirannya seperti berikut:
BIL NEGARA JUMLAH JUMLAH LUAS WARGANEGARA (EKAR) 1 Singapura 946 810.74 2 India 255 130.95 3 Penduduk Tetap 947 105.65 4 United Kingdom 454 66.77 5 Australia 168 59.40 6 China 390 52.57 7 Indonesia 317 41.61 8 USA 130 16.74 9 Taiwan 118 14.56 10 Jepun 85 12.42 11 Jerman 71 10.28 12 Hong Kong 58 7.39 13 Switzerland 27 6.86 14 Kanada 48 5.63 15 Pakistan 42 4.89 16 Perancis 32 4.56 17 Philipina 48 4.14 18 Thailand 49 3.90 19 Belanda 28 3.71 20 Austria 15 3.71 21 Myanmar 37 3.69 22 Italy 22 3.49 23 Bangladesh 40 3.14 24 Korea 33 2.98 25 New Zealand 23 2.73 26 Jordan 3 2.44 27 Sri Lanka 23 2.06 BIL NEGARA JUMLAH JUMLAH LUAS WARGANEGARA (EKAR) 28 Denmark 12 1.83 29 Belgium 6 1.77 30 Ireland 5 1.55 31 Netherlands 7 1.53 32 Afrika Selatan 13 1.14 33 Brunei 17 1.13 34 Georgia 8 0.96 35 Iran 5 0.96 36 Arab Saudi 9 0.91 37 Vietnam 6 0.88 38 Portugal 2 0.58 39 Sweden 5 0.33 40 Argentina 1 0.28 41 Republik Seychelles 1 0.24 42 Lebanon 1 0.22 43 Mauritius 4 0.21 44 Finland 1 0.19 45 Cambodia 3 0.17 46 Republik Maldives 2 0.17 47 Nepal 2 0.13 48 Egypt 2 0.10 49 Libya 1 0.09 50 Republik Iraq 1 0.05 51 Nigeria 1 0.05 52 Syria 1 0.05 53 Norway 2 0.04 54 Peru 1 0.04 55 Bhutanese 1 0.03 56 Euthopia 1 0.03 JUMLAH 4,530 1,402.64 Sumber: Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)