Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

311) PEMILIKAN HAK MILIK KAMPUNG MASJID SUNGAI BULOH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status proses pengeluaran Borang 5A bagi pemohon di Kampung Masjid Sungai Buloh?

    Dasar Kerajaan Negeri pada masa ini berhubung pemberimilikan tanah kerajaan bagi tujuan kediaman digariskan melalui Pekeliling Pengarah Tanah & Galian Selangor (PTGS) Bil. 6 Tahun 2011 dan keputusan MMKN ke 24/2016 pada 27 Julai 2016 di mana tapak yang tidak diusahakan dan diduduki selepas 1 Januari 2008 tidak perlu dibawa untuk pertimbangan MMKN dan ditolak secara ‘Summary Rejection’ di peringkat Pentadbir Tanah Gombak (PDTG)

    Permohonan pemberimilikan terdahulu bagi lima belas (15) pemohon di Kampung Masjid Sungai Buloh telah dikemukakan untuk pertimbangan, namun ditolak berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 31/2014 pada 20 Ogos 2014. Berdasarkan kepada keputusan berkenaan, pemohon-pemohon telah mengemukakan semula permohonan pemberimilikan tanah bagi tujuan bangunan kediaman pada Jun 2015 kepada Pejabat Daerah & Tanah Gombak (PDTG).

    Permohonan diproses sewajarnya namun semasa penyediaan Kertas Ringkasan, PDTG mendapati bahawa pelan yang dikemukakan adalah tidak teratur kerana rizab jalan yang dicadangkan melibatkan sebahagian tanah hakmilik (HSM 23899 PT1435). Sehubungan itu, PDTG telah memaklumkan kepada Pengerusi JKKK

    Kampung Masjid dan wakil pemohon untuk mendapatkan consent daripada pemilik tanah terlebih dahulu sebelum permohonan di proses. Sekiranya tidak mendapat consent pemilik tanah, pihak pemohon disyorkan untuk mengemukakan pindaan pelan dengan mengeluarkan tanah hakmilik yang terlibat. Namun sehingga kini PDTG belum menerima sebarang maklumbalas daripada pihak pemohon berhubung perkara berkenaan.

    Memandangkan proses pemberimilikan ini masih berjalan dan hanya akan selesai selepas adanya keputusan MMKN, maka pengeluaran Notis 5A tidak boleh lagi dilaksanakan buat masa ini.

  2. Bilakah anggaran waktu Borang 5A dapat dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tanah Gombak?

    Notis 5A hanya akan dikeluarkan selepas PDTG menerima keputusan daripada MMKN berhubung permohonan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.