Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
201) PEMILIKAN GERAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, berapakah jumlah keseluruhan pemberian geran hak milik persendirian kepada rakyat Selangor?
Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, jumlah keseluruhan pemberian geran hak milik persendirian kepada rakyat Selangor adalah sebanyak 5,053.
-
Sila jelaskan mengikut kaum, berapakah peratus pemberian geran hak milik persendirian ini?
Peratus pemberian geran hak milik persendirian mengikut pecahan kaum
adalah :-
Melayu : 51.12 % (2583 hakmilik)
Cina : 31.25 % (1579 hakmilik)
India : 17.63 % (891 hakmilik)