Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
213) PEMILIKAN DAN PAJAKAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kutipan daripada yuran pajakan mengikut tahun, 2005-2014?
Kerajaan Negeri tidak pernah memberi pajakan ke atas tanah-tanah rizab kerajaan seperti mana yang telah ditetapkan dalam Seksyen 63, Kanun Tanah Negara. Walau bagaimanapun, pada masa ini Kerajaan Negeri sedang mengkaji perkara tersebut dan akan memperkenalkan kaedah pajakan di atas tanah rizab kerajaan selain daripada pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara (TOL).
Bagi tanah-tanah hakmilik, Kerajaan Negeri tiada halangan sekiranya pemilik tanah tersebut memajak tanah mereka selaras dengan Seksyen 221, Bahagian 15, Kanun Tanah Negara. Kerajaan Negeri hanya akan memperolehi hasil bayaran fee pendaftaran pajakan berdasarkan Selangor Land Rules, iaitu berjumlah RM100.00 bagi setiap hakmilik yang terlibat.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pemilikan tanah hanya kepada warganegara Malaysia bukan kepada warga asing yang dapat hak pemilikan melalui perkahwinan?
Merujuk kepada peruntukan Seksyen 433B Kanun Tanah Negara jelas menyatakan bahawa mana-mana orang yang bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing boleh memperolehi tanah hanya dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).