Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

152) PEMILIKAN ASET PKPS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan nilai seluruh aset tunai dan tidak tunai PKPS?

    1. Nilai seluruh aset tunai dan tidak tunai PKPS pada 30 September 2013 adalah seperti berikut :

     

    Butiran RM Juta
    Aset Tunai 95.2
    Aset Bukan Tunai 418.5
    Jumlah 513.7
  2. Nyatakan keluasan dan lokasi aset hartanah PKPS?

    Keluasan hartanah PKPS adalah berjumlah 7,012 hektar. Amnya, hartanah- hartanah ini merupakan tanah berstatus ’Pertanian’. Lokasi aset hartanah ini pula terletak di seluruh Negeri Selangor, di Gua Musang (Kelantan) dan di Lahad Datu (Sabah). Daripada jumlah tersebut, keluasan ladang kelapa sawit PKPS sahaja ialah 5,194 hektar, iaitu 74.% daripada keseluruhan hartanah

     

  3. Nyatakan aset PKPS yang telah dijual dan keuntungannya dari 2008-2013?

    i) Keuntungan penjualan aset tanah PKPS bagi tempoh masa tahun 2008 hingga tahun 2013 adalah seperti berikut :

     

    Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013
      RM JUTA
    Keuntungan Jualan Aset  

    38.80

     

    12.95

    (*) 102.43  

    19.53

     

    3.94

     

    4.85

     

    1. ii) Aset-aset yang telah dijual oleh PKPS merupakan aset tanah sahaja. Penjualan ini telah diputuskan oleh Jemaah Ahli PKPS atas sebab-sebab berikut :

     

    • Tanah-tanah terlibat telah diterokai oleh pengusaha-pengusaha haram sebelum hakmilik tanah diberikan kepada PKPS. Penjualan dibuat kepada pengusaha sedia ada (first right of refusal) pada harga pasaran

     

    • (*) Pada tahun 2007, PKPS telah menjual ladang sawit di Miri Sarawak. PKPS telah pada tahun 2008 berusaha untuk menamatkan perjanjian jual beli tanah ini melalui tindakan undang-undang. Dukacita, Mahkamah Tinggi Miri telah menolak permohonan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.