Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

171) PEMILIK KEDIAMAN BERSTRATA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada pemilik kediaman berstrata yang gagal membayar yuran penyelenggaraan?

    Kegagalan pembeli atau pemilik petak untuk membayar caj penyelenggaraan adalah satu kesalahan di bawah seksyen 34, Akta Pengurusan Strata 2013.

    Seksyen 25, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] mewajibkan pemunya petak membayar caj dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

    Seksyen 136, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] memperuntukkan pendakwaan hanya boleh dimulakan di bawah Akta ini dengan mendapat keizinan daripada Timbalan Pendakwaraya. LPHS telah memperolehi keizinan tersebut khususnya bagi menjalankan pendakwaan di bawah Akta 757.

    Setakat dari Januari 2013 sehingga 30 September 2015, LPHS telah menerima sebanyak 823 notis peringatan (yang lengkap) daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Selangor untuk menuntut tunggakan caj penyenggaraan dan pengurusan terhadap pembeli. Daripada 823 notis tersebut, sebanyak 756 kes pendakwaan telah difailkan dan baki sebanyak 67 masih menunggu izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwaraya (TPR) Selangor.

  2. Berapakah jumlah notis tindakan mahkamah yang dikeluarkan ke atas pemilik kediaman berstrata dari 2013-2015 mengikut PBT?

    Bermula dari Januari 2013 sehingga 30 September 2015, LPHS telah menerima notis peringatan (yang lengkap) daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor mengikut pecahan PBT seperti berikut:-

    BIL PBT IZIN PENDAKWAAN PROSIDING MAHKAMAH SELESAI JUMLAH
     

    1

    MAJLIS BANDARAYA SHAH

    ALAM

     

     

    0

     

     

    114

     

     

    130

     

     

    244

     

    2

    MAJLIS BANDARAYA

    PETALING JAYA

     

     

    7

     

     

    0

     

     

    67

     

     

    74

     

    3

    MAJLIS PERBANDARAN

    SUBANG JAYA

     

     

    29

     

     

    7

     

     

    36

     

     

    72

     

    4

    MAJLIS PERBANDARAN

    KLANG

     

     

    4

     

     

    17

     

     

    4

     

     

    24

     

    5

    MAJLIS PERBANDARAN

    AMPANG JAYA

     

     

    2

     

     

    0

     

     

    141

     

     

    135

     

    6

    MAJLIS PERBANDARAN

    KAJANG

     

     

    5

     

     

    1

     

     

    26

     

     

    44

     

    7

    MAJLIS PERBANDARAN

    SEPANG

     

     

    4

     

     

    0

     

     

    38

     

     

    41

    8 MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR  

    3

     

    4

     

    11

     

    17

    9 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR  

    13

     

    40

     

    120

     

    172

    JUMLAH KES 67 183 573 823

Lampiran

Tiada Lampiran.