Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
77) PEMILIHAN AHLI MAJLIS MELALUI PILIHANRAYA DAN ELAUN AHLI MAJLIS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan sudah menyediakan draf pelaksanaannya dan dijangkakan paling awal ianya dapat dilaksanakan?
Kerajaan Negeri sedang merangka langkah-langkah bagi melaksanakan pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk tujuan tersebut satu Rang Undang-undang Enakmen Pemilihan Ahli Majlis Tempatan sedang disediakan dan dijangka akan dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun 2014.
-
Adakah kerajaan setuju bahawa elaun bulanan Ahli Majlis adalah terlalu rendah dan ianya perlu dinaikkan mengikut peredaran masa?
Kerajaan Negeri akan mengkaji sama ada elaun Ahli Majlis semasa adalah bersesuaian dan perlu dinaikkan.