Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

224) PEMIKIRAN PLURALISME DAN LIBERALISME DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik berkenaan penyebaran pemikiran pluralisme dan liberalisme di Selangor?

    Tiada statistik khusus berkenaan penyebaran pluralisme dan liberalisme di Selangor. Maklumat yang diperolehi berdasarkan badan-badan/organisasi yang membawa fahaman tersebut sebagaimana fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang telah diwartakan pada 31 Julai 2014.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menyekat penyebaran pemikiran ini?

    Usaha-usaha yang telah dan sedang dijalankan adalah :

    1. Khutbah Jumaat berkenaan IS dan konsep Jihad yang telah dibaca di setiap masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di seluruh negeri Selangor pada 26 Februari 2016, bertajuk : Fahaman Liberal Perosak Akidah
    2. Program Bicara Fatwa Selangor. Dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa secara umum termasuklah juga fatwa berkaitan pluralisme dan liberalisme di

    Setakat Mei jadual program ini adalah seperti berikut:

    BIL. TARIKH SASARAN PESERTA TEMPAT
    1. 24 Februari 2016 Rabu Pemegang Tauliah Masjid     Sultan     Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
    2. 29 Februari 2016 Isnin Pelajar Sek. Men. Keb. Setia Alam, Shah Alam
    3. 24 Mac 2016

    Khamis

    Pelajar Sek. Jenis Keb. Cina Yoke Kuen, Sekinchan
    4. 29 Mac 2016

    Selasa

    Pelajar Masjid        Jamiul        Ehsan, Kampung       Kubu       Gajah,

    Sungai Buloh

     

    5. 28 April 2016 Khamis Pelajar Masjid      Kampung      Johan Setia, Klang
    6. 4 Mei 2016

    Rabu

    Pelajar Masjid Sultan Abdul Samad

    KLIA, Sepang

     

    1. Siaran di Akhbar Nasional ( Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Selangor Kini )
    2. Program Turun Padang “ Dialog Fatwa @ Mesra Ummah Bersama JMNS” Program ini di laksanakan di masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan di dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan secara umum dan mengadakan sesi dialog atau soal jawab berkaitan fatwa yang telah dijelaskan dan isu-isu berkaitan hukum syarak di lokasi-lokasi berikut :
    3. Masjid Ijtimai’, Tebuk Pulai
    4. Masjid Al Bakri, Bukit Naga
    5. Masjid As Syakirin, Dengkil
    6. Masjid Ubudiyah, Kerling
    7. Masjid Rinching Hilir, Semenyih
    8. Masjid Ara Damansara, Petaling
    9. Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa
    10. Radio ( Selangor.fm )

    Slot di Selangor.fm 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat, bermula jam 6.15 petang hingga 6.45 petang. Di dalam slot ini pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan tentang-tentang fatwa yang telah dikeluarkan dan diwartakan termasuklah fatwa dan isu berkaitan IS

    1. Laman Web JMNS

Lampiran

Tiada Lampiran.