Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

62) PEMERKASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kajian kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

    Pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (selepas ini disebut sebagai “EJSS 1995”).  sedang dalam proses menyediakan draf pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (selepas ini disebut sebagai “EJSS 1995”). Bagi menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 Ogos 2023 yang telah menitahkan penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-undang Islam (selepas ini disebut sebagai “Jawatankuasa Khas MKI”) di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (selepas ini disebut sebagai “MKI”) untuk mengkaji kompetensi Dewan Negeri dalam menggubal undang-undang Islam, draf pindaan kepada EJSS 1995 yang sedang disediakan akan mengambil kira hasil kajian Jawatankuasa Khas MKI tersebut. Jawatankuasa Khas MKI tersebut diberikan masa.

    Pada masa ini, jawatankuasa penyedia draf undang-undang yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor masih menunggu edaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai urus setia kajian Jawatankuasa Khas MKI berkaitan hasil kajian yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Lampiran

Tiada Lampiran.