Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

272) PEMERKASAAN TVET

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengangkat UNISEL dalam agenda pemerkasaan TVET di Negeri Selangor?

    UNISEL telah memulakan semakan semula program-program pengajiannya di semua fakulti supaya lebih bersifat “skilled-based” dan “industry-based” dengan memasukkan komponen-komponen kemahiran dan perindustrian melalui kelulusan MQA dan KPT.
    UNISEL juga telah memperkenalkan kursus-kursus jangka pendek dan persijilan yang bersifat vokasional dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Pemasaran Digital, Teknologi Maklumat, Akuakultur, Pengajaran & Pembelajaran dan Komunikasi & Pembangunan Kandungan. Kursus-kursus ini dikendalikan melalui unit-unit khas di Fakulti seperti PROBIS (Centre of Business and Professional Development) yang telah berjaya menghasilkan 1,615 orang dari segi sumber manusia melalui penyertaan mereka dari tahun 2021-2023.
    Perancangan kursus-kursus jangka pendek bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah;

Lampiran

Tiada Lampiran.